Ahad, 6 Mac 2011

~wacana Ilmu Bahasa Melayu Tinggi~



Pada 23 Februari 2011, Persatuan Bahasa Melayu UPSI telah mengadakan satu program yang bertajuk Wacana Ilmu Bahasa Melayu Tinggi. Program tersebut telah diadakan pada jam 2.30 petang di Auditorium Utama UPSI. Pihak penganjur telah menjemput Prof. Emeritus Abdullah Hassan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Bahasa Melayu Tinggi. 




Antara pengisian program ini ialah, prof. Abdullah Hassan telah memberi garis panduan kepada peserta tentang tatacara untuk berkomunikasi atau bercakap dengan individu-individu yang datangnya daripada pelbagai status sosial tidak kiralah golangan atasan mahupun golongan bawahan. Banyak perkara yang telah saya pelajari dengan menyertai program seperti ini. Hal ini demikian kerana selepas mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Prof. Abdullah Hassan, saya dapat membezakan tatacara untuk saya berkomunikasi dengan individu yang berstatus lebih tinggi daripada saya. program ini juga telah mengajar saya untuk lebih yakin dalam berkomuniksai dengan menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul.




Saya berharap agar pihak Persatuan Bahasa Melayu dapat menganjurkan program seperti ini lagi kerana sememangnya program ini banyak memberi manfaat kepada semua dan bukan sahaja kepada pelajar-pelajar malah kepada warga UPSI juga.




Sekian, Wasalam...




MahaniJamari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan