Isnin, 24 Januari 2011

~~Sama-samalah kita perbaiki~~

Situasi:
Sejak di bangku sekolah lagi, kita telah diajarkan supaya menuturkan kata-kata yang sopan di hadapan orang tidak kiralah sama ada si pendengar itu rakan baik kita mahupun orang yang lebih tua daripada kita. Namun, kadang kala kita lupa bahawa kita sering menuturkan perkataan ataupun ujaran yang kurang enak untuk didengar. Hari ini saya mahu berkongsi pengalaman bersama pembaca sekalian. Ketika saya dan kawan-kawan  sedang menunggu Diskusi Buku Interlok di Dewan Serbaguna Perpustakaan Tuanku Bainun bermula , tiba-tiba salah seorang daripada rakan kami telah menyatakan hasratnya untuk ke tandas. Beliau menyatakan hasratnya itu dengan kata-kata seperti ini " eh, tumpang lalu..aku nak terkencing la plak".
Selepas dia menyatakan keinginannya itu, saya terus sahaja terfikir sesuatu di benak fikiran saya. Mengapa kita selalu menghadapi kesukaran untuk menggunakan bahasa yang lebih baik dan santun??. Bukankah lebih manis jika kita katakan "Si A, tumpang lalu sekejap, saya nak buang air kecillah". Bahasa seperti ini dikatakan lebih manis dan lebih enak untuk didengari. 

Komen:
Bila kita fikirkan semula, seringkali menjadi tanda tanya mengapa kita masih sukar untuk menggunakan bahasa yang lebih baik sedangkan kita telah diasuh sejak di tadika lagi. Bukan salah ibu mengandung jika kita melakukan kesilapan seperti ini. 

Cadangan:
Wahai rakan-rakan blog sekalian, marilah kita cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa yang lebih baik dan santun. Marilah kita mulakan azam baru kerana jika bukan kita pemulanya, siapa lagi???
~SELAMAT BERAMAL~
=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan