Selasa, 25 Januari 2011

**Saya sangat bangga dengan beliau**..=)

Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah mengikuti satu seminar Isu-isu Sosiolinguistik bahasa Melayu. Penganjur seminar tesebut telah menjemput tokoh bahasa Melayu yang amat disegani iaitu Prof. Dr Awang Sariyan. Septelah mengikuti seminar tersebut, saya berasa amat kagum dengan beliau kerana beliau sangat peka dengan isu-isu sosiolinguistik semasa di negara ini meskipun beliau baru sahaja pulang ke Malaysia. Dalam perbincangan pada hari itu, Prof. Dr. Awang Sariyan telah memberi banyak input tentang bahasa dan masyarakat kita. Beliau juga ada menyentuh tentang penggunaan bahasa SMS, bahasa singkatan yang tidak termasuk dalam kamus, bahasa yang digunakan dalam perbualan harian dan banyak lagi. Kepetahan beliau dalam memberi input kepada peserta amat saya kagumi. Saya berharap agar saya dapat berjumpa dengan beliau lagi dalam apa-apa jua seminar yang membincangkan isu-isu bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana isu bahasa Melayu tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. 

Untuk makluman rakan-rakan, jika anda tidak berkesempatan untuk berbicara atau berbincang mengenai isu-isu bahasa bersama dengan beliau secara langsung, anda boleh juga berbincang melalui laman sesawang beliau. Laman "Facebook" beliau ialah kembara bahasa. Anda boleh bersembang bersama dengan beliau dan meminta pandangan beliau tentang isu-isu bahasa. Beliau merupakan seorang tokoh yang tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu.

~SEKIAN~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan